MAJLIS MAKAN MALAM
Bergambar bersama Pengarah Kesihatan Negeri Selangor di Majlis Makan Malam Jabatan Kesihatan Negeri Selangr Tahun 2009

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada
YBhg. Datuk Seri Dr. Haji Mohd Nasir Bin Ashraf
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia



CAHAYAMATA BARU KAMI
AISHAH HANNAH BINTI SHAMSUL NIZAM.


Aishah Hannah Binti Shamsul Nizam telah dilahirkan pada 12hb Disember 2008 jam 9.30mlm di Wad Perdana 12, Hospital Bersalin Razif, Klang, Selangor. Berat 3.43kg




GAMBAR KELUARGA
SHAMSUL NIZAM BIN HAJI SANNUSI
NOR'AISHAH BINTI SAMID
AISHAH HUMAIRA BINTI SHAMSUL NIZAM



BIODATA SHAMSUL NIZAM

Dilahirkan pada 10hb Januari 1977 di Hospital Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor. Menyambung peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Diploma Pentadbiran Awam. Kini bertugas di Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Tingkat 15 Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor. Telah bertugas selama
8 tahun.


BIODATA NOR'AISHAH

Dilahirkan pada 01 September 1977 di Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Menyambung peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Jurusan Sarjana Muda Undang-Undang Syariah. Memulakan karier sebagai guru di Sekolah Menengah Seri Desa, Tanjung Karang dan kini bertugas di Sekolah Menengah Agama Hishamuddin, Sungai Bertik, Klang, Selangor. Telah bertugas selama 5 tahun.



PERKAHWINAN KAMI

Mula berkenalan sebagai rakan sekelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima. Seterusnya berkawan rapat selepas masing-masing menyambung pelajaran diperingkat universiti. Akhirnya kami disatukan pada 01 Julai 2004 di Masjid Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Majlis persandingan pihak perempuan di rumah di Taliair 10, Pasir Panjang pada 01/08/2004 dan dipihak lelaki Kampung Sungai Limau pada 21/08/2004. Nombor bertuah 8821 seperti di kenderaan kami. Pada waktu itu Shamsul bertugas di Shah Alam manakala Aishah di Tanjung Karang, Selangor. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah di Taman Koperasi Bena, Ijok, Selangor. Setelah 5 bulan berulang akhirnya permohonan Aishah untuk bertukar ke Klang mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan ditempatkan di Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Sungai Bertik Klang. Kini kami membeli sebuah rumah teres di Taman Meru Aman 12/KU8, Jalan Jabar, 41050 Klang, Selangor.




BIODATA AISHAH HUMAIRA (MYA)


Puteri pertama kami dilahirkan pada 30 Mei 2005 jam 2.30pg di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Puteri ini dinamakan Aishah Humaira sempena mengambil gelaran Rasullah SAW pada isterinya Saidatina Aishah yang bermaksud Aishah Pipimu Kemerahan. Nama timangan anak kami ialah MYA yang diberikan oleh kuan (Tokwan). Mya suka makan Coket (coklat) dan McDonald. Kartun kegemaran Mya ialah Barney dan Wonderpets





RUMAH TAMAN MERU AMAN

Kami membeli sebuah rumah teres di Taman Meru Aman 12/KU8, Jalan Jabar, 41050 Klang, Selangor. Rumah teres ini berharga RM118,888.00 (Percuma Penghawa Dingin Toshiba 1.0hp dan TV Toshiba 29") Keluasan rumah ini ialah 20 x 92 dan terdapat 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Rumah ini dilengkapi dengan sistem penggera ADT Alarm, TMNet Streamyx Wi-fi G 1000kbps, 1 Desktop PC, 1 Laptop PC, Personal Tel/Fax Panasonic, Samsung LCD32 Home Theater System, ASTRO dan 6 penghawa dingin.





SAMSUNG LCD 32 HOME SYSTEM & ASTRO


ADT ALARM SYSTEM & WI-FI (G) STREAMYX 1000Kbps


GAMBAR KELUARGA KAMI

Kesemua gambar keluarga boleh dilihat di laman web ini


www.flickr.com/photos/29904825@N06/


********************************************************************************

Tuntunan Membina Rumah Tangga Samara




Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu". (QS. An-nisa: 1).


Sakinah, mawaddah wa rahmah (Samara) adalah seuntai kata yang banyak didamba setiap keluarga. Tidak ada seorangpun di dunia ini yang melangkah membangun mahligai rumah tangga tanpa mengharapkan terwujudnya ketenteraman, cinta dan kasih sayang dalam rumah tangganya kelak.

Di surat An-Nisa ayat pertama diatas, mengandung pesan yang lebih khusus mengenai tuntutan sekaligus tuntunan membina rumah tangga samara.


Pertama, Taqwa dalam hal terkait dengan aspek Rububiyah. Bahwa Allah SWT. telah menciptakan semua makhluk termasuk manusia berikut pasangannya. Karena itu manusia tidak perlu galau dan gelisah dalam masalah jodoh, apalagi melakukan tindakan-tindakan yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya. Yang diperlukan adalah persiapan diri untuk menerima jodoh dari Allah sesuai kufu-nya pada saat itu.


"Maha suci Rabb yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik segala yang ditumbuhkan bumi, diri mereka (manusia), maupun apa-apa yang tidak mereka ketahui". (QS. Yaasin: 36).


Jika seorang ingin mendapat pasangan yang shalih atau shalihah, maka dia harus mengondisikan diri untuk menjadi pribadi yang shalih atau shalihat. Sebab Allah swt tidak mungkin menzhalimi hamba-hamba-Nya.


Dia Maha Adil, dan hanya mempertemukan jodoh dengan kualitas yang sesuai dengan kualitas ketaqwaan pasangannya pada waktu itu. Pasangan kita adalah cermin diri kita sendiri. Bagaimana kondisi keshalihan atau keshalihatan pasangan kita, begitulah kondisi kita ketika mendapatkannya.


Disamping itu, Allah lah yang berkehendak apakah seseorang itu akan diberi keturunan atau tidak. Sehingga, rumah tangga tidak perlu goyah hanya lantaran suara tangisan bayi belum juga kunjung terdengar.


Dia pula yang menentukan apakah rumah tangga itu dikaruniai keturunan berupa anak laki-laki atau anak perempuan. Semua sama dimata Allah. Tidak ada hak bagi anggota rumah tangga itu untuk kecewa.


"Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak laki-laki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia menganugerahi kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang Dia kehendaki), dan Dia menjadikan mandul siapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa" (QS. Asy-Syura [42]: 49-50).

Kedua, adalah taqwa yang berkait dengan aspek uluhiyyah. Bahwa ketenteraman batin dan kasih sayang yang hakiki yang dirasakan seseorang di dalam pernikahan merupakan kepuasan psikologis yang tidak mungkin didapatkan diluar pernikahan.

Ikatan cinta kasih antara suami-isteri, akan sangat berbeda dengan ikatan cinta antara teman. Ikatan ini mengandung rahasia yang hanya Allah sajalah yang mengetahuinya. Allah SWT adalah Sang Penyatu hati. Maka kepada-Nyalah kita memohon dipadukan hati, dan memohon mawaddah dan rahmah-Nya. Sedangkan di dalam surat Al-Ahzab ayat 70-71, terkandung pesan agar selalu menjaga perkataan dan sikap atau perilaku yang benar dalam berumah tangga. Inilah resep membangun rumah tangga samara yang dibingkai oleh nilai-nilai taqwa.






Hasil Nukilan